ANJURAN SEKOLAH
Pada 14 April 2011, Bertempat di SMKPP, Bidang Teknik & Vokasional telah mengadakan pertandingan kitar semula sempena Minggu Akademik. Dengan tema kitar semula, pelajar Tingkatan 2 telah menghantar hasil rekaan yang sungguh inovatif. Berikut adalah hasil rekaan inovatif pelajar:
Review :
- Setiap kelas pelajar Tingkatan 2 telah menghantar hasil kerja kelas. Ada kelas yang menghantar lebih daru 1 penyertaan
- Hasil rekaan inovatif pelajar adalah menggunakan bahan kitar semula seperti tisu, plastik, botol plastik, kertas, lidi, batang aiskrim, sudu plastik, kotak mancis
Impak :
- Mengasah daya inovatif pelajar tanpa menggunakan kos yang tinggi
- Melahirkan pelajar yang berdaya saing dan inovatif
- Memupuk kesedaran pelajar tentang penggunaan bahan kitar semula
Cadangan :
- Mengadakan lebih banyak aktiviti yang boleh mengasah daya kreativiti dan inovasi pelajar.