Friday 28 April 2017

PERTANDINGAN KITAR SEMULA

ANJURAN SEKOLAH

Pada 14 April 2011, Bertempat di SMKPP, Bidang Teknik & Vokasional telah mengadakan pertandingan kitar semula sempena Minggu Akademik. Dengan tema kitar semula, pelajar Tingkatan 2 telah menghantar hasil rekaan yang sungguh inovatif. Berikut adalah hasil rekaan inovatif pelajar:




Review :
  • Setiap kelas pelajar Tingkatan 2 telah menghantar hasil kerja kelas. Ada kelas yang menghantar lebih daru 1 penyertaan
  • Hasil rekaan inovatif pelajar adalah menggunakan bahan kitar semula seperti tisu, plastik, botol plastik, kertas, lidi, batang aiskrim, sudu plastik, kotak mancis
Impak :
  • Mengasah daya inovatif pelajar tanpa menggunakan kos yang tinggi
  • Melahirkan pelajar yang berdaya saing dan inovatif
  • Memupuk kesedaran pelajar tentang penggunaan bahan kitar semula
Cadangan :
  • Mengadakan lebih banyak aktiviti yang boleh mengasah daya kreativiti dan inovasi pelajar.




FAEDAH GUNA & KITAR SEMULA BAHAN TERBUANG

5 FAEDAH RECYCLE, REDUCE AND REUSE.

1) Menjimatkan wang dari membeli barang baru.

Dengan mengitar semula barang baru kita dapat mengurangkan kos dalam pembelian barang.

Image result for kitar semula Image result for jimat duit

2) Menambah pendapatan isi rumah.

Bahan yang boleh dikitar semula seperti tin aluminium dan kertas surat khabar boleh dijual kepada pemborong bahan terpakai. Boleh ajar anak-anak untuk belajar berdikari mencari rezeki halal dan mengajar mereka erti menghargai wang yang diberikan ibubapa mereka.


3) Mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Mengurangkan bilangan sampah yang memenuhi atas muka bumi, dalam sungai, dan laut. Dengan mengitar semula kertas kita dapat mengurangkan penebangan pokok untuk membuat kertas.

Image result for pencemaran alam sekitar

4) Menjadikan diri sendiri dan orang sekeliling lebih kreatif dan berinovasi.

Banyak sampah dan barang terbuang menjadi kraftangan unik yang bernilai tinggi dihasilka oleh tangan-tangan kreatif. Untuk menjadi kreatif anda perlu cuba belajar dari mereka yang kreatif dan melakukan latihan yang berterusan.

Image result for bahan terbuang kreatif Image result for bahan terbuang kreatif 

5) Boleh membuat lebih banyak kebajikan kepada orang sekeliling. 

Pakaian sekolah anak-anak yang lama dan masih elok boleh disumbangkan kepada keluarga yang memerlukan atau diserahkan kepada mana-mana badan kebajikan atau NGO yang menguruskan sumbangan untuk pelarian perang. Anda boleh tanam ulam-ulaman dalam bekas plastik yang tidak digunakan di belakang rumah dan apabila keluar hasil bolehlah berikan kepada jiran sebelah.

Image result for derma pakaian terpakai

Thursday 27 April 2017

KEMPEN KITAR SEMULA

Antara salah satu inisiatif negara untuk mengurangkan penggunaan beg plastik:

KEMPEN HARI TANPA BEG PLASTIK

Di Selangor, bermula Januari 2017, Kerajaan Selangor telah menguatkuasakan Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap pembelian barang. Negeri Selangor juga menguatkuasakan Hari Tanpa Plastik ini bermula pada 1 Januari 2017 yang lalu. Inisiatif negeri Selangor untuk mengurangkan penggunaan plastik dan untuk mencapai sasaran sebagai negeri bebas bekas polistirena. Tambahan pula, negeri Selangir juga mengenakan caj sebanya 20 sen bagi yang mahu beg plastik.

Di samping itu, kempen ini juga dapat memupuk rakyat Malaysia ke arah negara yang teknologi hijau dan bebas plastik.



Image result for kempen tanpa plastik beg Image result for kempen tanpa plastik beg


Rakyat Malaysia juga digalakkan menggunakan Green Bag apabila membeli barang di pasaraya.

Image result for green bagImage result for green bag


PERTANDINGAN KITAR SEMULA

ANJURAN SEKOLAH Pada 14 April 2011, Bertempat di SMKPP, Bidang Teknik & Vokasional telah mengadakan pertandingan kitar semula sempe...