Tuesday 25 April 2017

RECYCLE - REDUCE - REUSE

Apa itu kitar semula? 

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.


 Image result for kitar semula

Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi: 

1. Pengurangan pembaziran 

2. Guna semula

3. Kitar semula


Image result for kitar semula


     Antara bahan yang boleh dikitar semula ialah kaca, kertas, logam, plastik, tekstil dan elektronik. Penghasilan kompos atau kegunaan lain atau lebihan bahan buangan biodegradable - seperti sampah makanan atau lebihan taman, biasanya tidak dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula sama ada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, dibersihkan dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.


  Image result for kitar semula      Image result for kitar semula


No comments:

Post a Comment

PERTANDINGAN KITAR SEMULA

ANJURAN SEKOLAH Pada 14 April 2011, Bertempat di SMKPP, Bidang Teknik & Vokasional telah mengadakan pertandingan kitar semula sempe...