Wednesday 26 April 2017

TONG SAMPAH KITAR SEMULA & KONSEP 3R

3 jenis tong sampah kitar semula yang disediakan: 


1. Warna Biru - Kertas
2. Warna Coklat - Kaca
3. Warna Jingga - Tin Aluminiun, Keluli & Plastik

Related image


Setiap warna tong mewakili bahan yang boleh dikitar semula yang berlainan. Di Malaysia kini terdapat banyak tong-tong kitar semula ini. Dengan ini dapat memupuk rakyat Malaysia untuk membuang mengikut kriteria yang ditetapkan oleh tong-tong tersebut.

Kesedaran ini penting agar Malaysia boleh mencapai negara yang bebas dan sifar sampah. 

Image result for kitar semula
Selain itu, dengan penggunaan tong kitar semula yang disediakan ini, kita senang untuk mengumpulkan bahan - bahan yang boleh dikitar semula dengan cepat tanpa menyelongkar sampah dari sampah sarap yang bercampur aduk. Penjimatan masa dan tenaga telah dikurangkan dari penggunaan tong sampah kitar semula ini. Oleh itu, inisiatif ini sangat bagus untuk diteruskan.


Image result for sudut kitar semula


KONSEP 3R


Dengan mengamalkan 3R (RECYCLE, REDUCE & REUSE), kita dapat mengurangkan daripada membazir sumber - sumber di dunia. Kehilangan sumber - sumber pada akhirnya dipanggil "sumber - sumber terbatas".


Reduce – Pengurangan
  1. Hanya beli apa yang diperlukan:Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.
  2. Beli produk yang boleh diguna semula:
    Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.
  3. Beli pencuci serbaguna:
    Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.
  4. Beli barangan yang kurang bungkusan:
    Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.
  5. Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:
    Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.
  6. Beli produk tidak bertoksik:
    Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.
  7. Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:
    Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.

Reuse – Guna Semula
  1. Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.
  2. Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.
  3. Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
  4. Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.
  5. Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
  6. Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.
  7. Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.

Recycle – Kitar Semula

  • Kitar semula di rumah:
    • Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
    • Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.
    • Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.

  • Mengitar semula di laman anda:
    • Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.
    • Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.

  • Mengitar semula di sesebuah komuniti:
    • Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.
    • Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.
    • Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula




8 comments:

PERTANDINGAN KITAR SEMULA

ANJURAN SEKOLAH Pada 14 April 2011, Bertempat di SMKPP, Bidang Teknik & Vokasional telah mengadakan pertandingan kitar semula sempe...